Assalammualaikum & salam sejahtera
Kawan-kawan sekalian. Pihak komuniti telah bersetuju untuk mencadangkan satu perjumpaan pada hari raya ini. Perjumpaan yang bakal diadakan ini akan digabungkan bersama aktiviti riadah yang amat memerlukan penyertaan dari semua pihak. Namun begitu oleh kerana blog ini masih belum dapat diperkenalkan kepada semua rakan sekelas maka adalah amat diharapkan agar kalian dapat memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain. Sila berikan maklum balas terhadap cadangan yang diberikan agar program yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah cadangan awal yang dirasakan sesuai :
Tarikh
25 @ 26 @ 27 Oktober 2008
Masa anggaran
8 pagi - berkumpul
9 pagi - bertolak
Tempat
Sg. Tekali, Ulu Langat atau sekitarnya @ anda beri cadangan
Makanan
Pot Luck ( bawa dari rumah )
Bayaran (Tiada)
Pengangkutan
Sendiri / berkongsi
Penyertaan
Tidak terhad, boleh bawa pasangan masing-masing
*sila berikan maklum balas terhadap cadangan ini sebelum 22 Oktober 2008 melalui comment page atau email ke sup4areunion@gmail.com atau menghubungi mana-mana administrator.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Advertlets
About this blog
Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.
Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.
Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.
No comments:
Post a Comment