Kepada semua kawan dan para pembaca sekelian alam
Sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia,
Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan beberapa program
yang menarik untuk anda semua
Program : Pemuliharaan Buku
Tarikh : 23-26 April 2009
Masa 10.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Ruang Pameran PNM, Aras 1
Pengisian:
Demonstrasi pemuliharaan buku dan para pengunjung
boleh membawa bahan bacaan mereka yang mempunyai
kerosakan ringan untuk dipulihkan secara PERCUMA.
Terhad kepada 2 buah buku bagi setiap pengunjung.
Program : Minggu Pemulangan Buku, Bebas Denda
Tarikh : 23-30 April 2009
Masa : 10.00 pagi - 7.00 petang
Lokasi : Kaunter Pinjaman
Ruang Legar PNM (Book Drop)
Pengisian :
Para pengunjung boleh memulangkan buku yang lewat
tarikh pemulangan yang masih dalam keadaan sempurna
tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Kepada kawan-kawan, jangan lepaskan peluang ini.
Dekatilah Perpustakaan, Semailah budaya cinta membaca.
Ilmu itu tiada nokhtahnya.
Thursday, April 23, 2009
Monday, April 20, 2009
Friday, April 3, 2009
Berita Terkini
Menurut sumber yang tak boleh nak dipercaya sangat, dikatakan Cik Intan kita akan bertunang pada 2hb Mei ini. Dengan siapa? Itu kena tanya tuan punya badan la ye. Dikatakan majlis pertunangan akan diadakan di rumah family Cik Intan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kalau nak peta minta dengan tuan rumah hehehe...
Kebetulan pada masa yang sama aku perlu hadiri majlis persandingan di Pasir Gudang jadi insyaallah aku singgah. Singgah je yang boleh sebab pengantin kat Pasir Gudang tu nak aku tunggu sampai majlis selesai.
Kepada Cik Intan, kami di komuniti ni mengucapkan tahniah. Doakanlah semoga pasangan ini berkekalan ke akhir hayat. Amin...

Subscribe to:
Comments (Atom)
Advertlets
About this blog
Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.
Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.