google-site-verification: google759b7539d4761c04.html Sup4A Community Info: July 2009

Wednesday, July 29, 2009

Seminar

SEMINAR PENINGKATAN DAYA SAING USAHAWAN WANITA

Datin/ Dr/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan akan menganjurkan Seminar Peningkatan Daya Saing Usahawan Wanita. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kaedah meningkatkan produktiviti usahawan wanita melalui proses inovasi, penjenamaan produk dan amalan P&Q. Seminar ini juga akan membincangkan isu dan cabaran usahawan wanita dalam perniagaan dan aspek undang-undang yang relevan. Oleh itu, kami ingin menjemput wakil dari organisasi puan untuk menghadiri seminar ini.

3. Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : MPC Wilayah Selatan, Bandar Baru UDA, Johor Bahru


4. Untuk urusan logistik, sila maklumkan kehadiran dengan menggunakan Borang Pendaftaran kehadiran yang telah dilampirkan sebelum 31 Julai 2009 (Jumaat). Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Syed Mohd Al-Khafiez Shah di talian 07-2377 422 atau e-mel ke syed@mpc.gov. my. Kerjasama dan sokongan pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih. Bersama-sama surat ini, turut dilampirkan brosur seminar untuk perhatian puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menurut perintah,

(Syed Mohd Al-Khafiez Shah)
b/p. Pengarah
Pejabat Wilayah Selatan
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)



SYED MOHD AL-KHAFIEZ SHAH
Consultant
Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Southern Region
T: +607-2377 422
F: +607-2380 798
E: syed@mpc.gov. my

Monday, July 27, 2009

Found!

Assalammualaikum & salam sejahtera

Petang tadi sebelum balik dari kerja aku telah menghubungi kawan kita Ayu yang baru sahaja pulang dari Kursus Jabatan di Perak. Dia telah dengan tidak sengajanya terjumpa seorang kawan kita iaitu Iswani Daud @ Yusof. So aku dengan sengajanya memaparkan nombor telefon dia disini agar kalian dapat mengacau dia hahahaahaa....nasib kau la wanie.

Ni nombor dia = 0143659024

Sunday, July 26, 2009

Next Project : Leisure with bowling


Ok guys & ladies. Aku berhasrat untuk ajak kalian semua berkumpul semula sebelum ramadhan ini memandangkan kita pun sudah lama tidak berkumpul. Jadi aku mencadangkan untuk kita sama-sama berkumpul kembali sambil bermain bowling. Kalau tak reti tu korang campak je la bola bowling tu asalkan masuk lorong yang betul. Cadangan aku adalah seperti di bawah :

Lokasi:
Alamanda Putrajaya

Masa berkumpul:
10am di sekitar Alamanda

Tarikh:
Dicadangkan dalam bulan Ogos sebelum ramadhan

Bayaran:
TBA

Jadi aku ada beberapa cadangan & sokongan dari kalian semua. Sila sampaikan penyertaan, cadangan atau pandangan ke ruang 'comment' di bawah atau hantarkan ke fightforblood@yahoo.com dengan meletakkan perkataan [sup] di bahagian tajuk email.

Wednesday, July 22, 2009

Kasih Ibu

Subject: KASIH IBU


Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku.....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah......mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......mak

Bila nakal, yang memarahi aku.....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma..........mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....,mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu........mak

Bila bengang.. aku suka luah pada...mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.......mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu...........mak

Bila ada masalah, yang paling risau..... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....

mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku.....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.......mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim

wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup...... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan

luka kudis ibunya.....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Advertlets

About this blog

Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.

Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.