Monday, September 29, 2008
Friday, September 26, 2008
Raya Reunion Special
Assalammualaikum & salam sejahtera
Kawan-kawan sekalian. Pihak komuniti telah bersetuju untuk mencadangkan satu perjumpaan pada hari raya ini. Perjumpaan yang bakal diadakan ini akan digabungkan bersama aktiviti riadah yang amat memerlukan penyertaan dari semua pihak. Namun begitu oleh kerana blog ini masih belum dapat diperkenalkan kepada semua rakan sekelas maka adalah amat diharapkan agar kalian dapat memaklumkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain. Sila berikan maklum balas terhadap cadangan yang diberikan agar program yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah cadangan awal yang dirasakan sesuai :
Tarikh
25 @ 26 @ 27 Oktober 2008
Masa anggaran
8 pagi - berkumpul
9 pagi - bertolak
Tempat
Sg. Tekali, Ulu Langat atau sekitarnya @ anda beri cadangan
Makanan
Pot Luck ( bawa dari rumah )
Bayaran (Tiada)
Pengangkutan
Sendiri / berkongsi
Penyertaan
Tidak terhad, boleh bawa pasangan masing-masing
*sila berikan maklum balas terhadap cadangan ini sebelum 22 Oktober 2008 melalui comment page atau email ke sup4areunion@gmail.com atau menghubungi mana-mana administrator.

Thursday, September 25, 2008
N.O.R.I.D.A.H S.E.D.O.N
Tuesday, September 23, 2008
Monday, September 22, 2008
Tips memandu
Assalammualaikum & salam sejahtera
Rakan-rakan sekalian,
Kita telah pun masuk hari ke-22 dalam bulan ramadhan tahun ini. Diharapkan segala amalan & ibadat yang telah dilakukan sepanjang bulan ramadhan ini mendapat keberkatan dan diterima Alah S.W.T. hendaknya.Ini bermakna tinggal 8 hari sahaja lagi untuk kita melakukan apa yang sepatutnya (shoping tak termasuk dalam perkara yang patut dilakukan)sebagai seorang umat Islam.
Pastinya ketika ini ramai yang sedang sibuk membuat persediaan menyambut syawal terutamanya pada yang telah berkeluarga. Sudah bincang-bincang nak balik kampung siapa dulu tahun ini? Pada yang masih bujang tu balik tak? Jangan tak balik pulak. Kesian pada orang tua di kampung yang rindukan kepulangan kita. Pada yang sudah yatim & piatu, janganlah bersedih. Masih ada insan-insan yang menyayangi dan mengingati anda terutamanya kami di komuniti ini.
Ada antara kalian akan pulang awal dan ada pula yang pulang disaat akhir (macam aku ni) kerana tak ambik cuti yang panjang. Ada yang pulang dengan bas, keretapi dan kenderaan sendiri. Walau apa pun jenis kenderaan yang kalian gunakan, TOLONG berhati-hati terutamanya yang memandu sendiri. Musim perayaan seperti ini pastinya kesesakan lalulintas akan berlaku. Beberapa tips boleh dilakukan bagi mengelak rasa letih & mengantuk.
- sediakan air mineral / air masak sebotol sekurangnya bagi setiap perjalanan.
- elakkan merokok ketika memandu & ketika berhenti rehat kerana asap rokok akan menyebab anda lebih cepat mengantuk akibat kurangnya oksigen dalam otak.
- rehat secukupnya sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
- pastikan kenderaan anda berada dalam prestasi terbaik untuk perjalanan jauh & membuat pemeriksaan sepatutnya.
- jangan memandu melebihi had laju kerana anda akan disaman RM300 serta-merta jika ditahan Pak Polisi dan itu akan menyebabkan duit raya anda menjadi kurang.
- yang lebih penting sekali berhemah la ketika memandu & ingat pada insan-insan yang anda sayang.
-Din Rambo-
Its your birthday....
Friday, September 19, 2008
Aireena Fadzrin Mokhtar

Its Your birthday today..
you're always close at heart
even though our lives
are busier than they used to be...
even though our phone calls
usually catch one of us
on our way out the door...
and it's just not as easy
to get together anymore...
On your birthday
and always,
you're in our thoughts,
our heart,
and so many
of our favorite memories.
Happy Birthday to you dear friend.
Lots of love,
Sup 4a Community
Thursday, September 11, 2008
Memori semalam.. part 2

Ni team aku masa presentation untuk Permainan Tradisional. Subject apa aku tak ingat. Yang aku ingat ayu dan din jadi pelancong dari German. Gewe @ Norazwaly Pemandu Pelancong the rest adalah orang kampung. Seronok juga masa ni.

Jamuan Raya kat rumah Din

Geng Studio Jalan Ampas

Berkumpul sebelum bertolak ke Batu Maloi.

Sebahagian dari lecturer kita. Gambar ni diambil masa amali teristerial kat laut. Kat Pulau Besar, Mersing, Johor.. Yang pakai cap tu Tuan Syed kesayangan kita.. Yang pakai Spec tu En Din.. Yang pakai baju biru tu aku lupelah nama dia.. Kalau korang ingat bagitau kat aku ya

Inilah Kajol @ Rageswary yang sambut birthday 7 September lepas..
Sunday, September 7, 2008
Happy Birthday Rageswary
Tuesday, September 2, 2008
Memori semalam..

Salah satu segmen dalam pameran.
Dari kiri :
Salamiah, Salwa, Emi, Wani, Ja dan Siti Mok (duduk)

Sebahagian dari Sup4a semasa mengendalikan projek akhir:
PAMERAN PELANCONGAN BERASASKAN ISLAM
Duduk dari kiri :
Azrina, Emilia Ameera, Marliah, Nor Azlin, (maaf aku terlupa nama lecturer ni),Masni, Salamiah, Hasniza dan Noridah
Berdiri dari kiri :
Suliah, Siti Faizah, Aiza, Salwa, Azlan, Selvathurai, Junainah, Hasryiana, Asnah dan Iswani

Bergambar kenangan di tangga kantin di Semester 2

Dari kiri :
Marliah Ngadi, Hasryiana Jamri, Emilia Ameera Mohd Shafie, Iswani Daud @ Yusoff, Siti Faizah Mohd Ysop dan Azrina Azaly

Dikir barat gabungan SUP A & B semasa semester 1
Subscribe to:
Comments (Atom)
Advertlets
About this blog
Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.
Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.