Pada 8 February yang lalu aktiviti berkelah ke Sg. Pangsun telah dapat dilaksanakan dengan meriah. Antara yang hadir ialah Naza sekeluarga, Jemah sekeluarga, Azizul sekeluarga, Sue, adiknya serta kawannya bernama Pojie, Intan, Along, serta aku & pasanganku. Rina & Lan menarik diri pada saat akhir kerana ada perkara yang perlu diuruskan.
Konvoi bergerak sebanyak 5 buah kereta & sebuah motorsikal pada jam lebih kurang 10 pagi dan sampai ke destinasi kira-kira 20 kemudian. Lepas parking kereta terus amik port yang sesuai. Dapat sebuah pondok & aku dirikan khemah berhampiran. Khemah sendiri pun kena bayar RM5. Ceh! Bentang tikar tak kena bayar la plak.
Lepas tu berusaha plak menyalakan api untuk memanggang ayam & ikan yang telah diperap oleh Sue pada malam sebelumnya. Lama jugalah nak nyalakan api tu sebab kurang pengalaman haha.... Nasib baik la ada si Pojie yang baik hati pergi beli starter. Bila api dah nyala baru la operasi BBQ dimulakan. Sambil memanggang tu ada juga yang dah turun ke sungai dan ada juga yang menyediakan makanan tengahari. Selain BBQ ada juga menu udang sambal dan sayur sikit. Aku bawa mee goreng yang dimasak oleh.......
Azizul balik awal sebab nak balik ke Seremban katanya. Masa tu aku tengah layan arus sungai jadi lambai dari jauh aje la. Tak lama lepas aku naik Jemah sekeluarga & Naza sekeluarga pulak beredar meninggalkan Sg. Pangsun. Rasanya Along, Intan, Sue & adiknya yang balik akhir sekali.
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengekalkan hubungan silaturahim yang erat sesama ahli komuniti. Pada aktiviti kali ini hubungan yang terjalin lebih mesra berbanding sebelumnya. Pada hari itu juga 1 perancangan untuk aktiviti seterusnya telah dicadangkan. Persetujuan telah dicapai untuk melakukan aktiviti ke Janda Baik. Tarikh dan waktu akan diberitahu kelak setelah dimaklumkan oleh Along.
So aku pun dah tak tau nak cite apa lagi sebab kerja banyak hari ini. Pada yang membaca tu tinggalkanlah komen. Yang nak tambah-tambah cite pun boleh. Gambar-gambar aktiviti boleh click link di sidebar.