
Assalammualaikum & salam sejahtera buat kawan-kawan.
Tidak lama lagi kita semua akan sama-sama menyambut bulan Ramadhan. Bulan keberkatan dan bulan penuh rahmat. Pada dasarnya seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan disamping melakukan ibadat-ibadat yang sepatutnya. Kepada yang sudah mendirikan rumahtangga, alhamdulillah kerana dapat menjalani ibadah bersama keluarga. Kepada yang masih membujang (tak tau la nape lambat sangat nak kahwin) jangan la pula bersahur & berbuka dengan Maggi Mee aje. Kalau membeli juadah tu beringat la sikit ye. Dan kalau terlepas waktu sahur tu jangan pula jadikan alasan untuk tidak berpuasa.
Jadi dikesempatan ini aku sebagai mode bagi weblog ini mengucapkan Selamat Berpuasa & Bersahur kepada kawan-kawan semua. Dan aku juga ingin memohon berbanyak kemaafan sekiranya ada sepanjang perkenalan kita ini akan keterlanjuran kata, perbuatan & tingakah laku yang mengundang rasa tidak puas hati. Aku cumalah seorang insan biasa yang melakukan perkara yang biasa. Marilah kita sama-sama meriahkan bulan Ramadhan ini.
p/s: jika ada sebarang cadangan untuk majlis berbuka puasa sila nyatakan di dalam blog ini.



No comments:
Post a Comment