google-site-verification: google759b7539d4761c04.html Sup4A Community Info: MASIHKAH KAU INGAT.....

Friday, August 29, 2008

MASIHKAH KAU INGAT.....












Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang telah aku janjikan... sedikit perkhabaran dari Terengganu. Masih ingat pada Salwa? Aku telah menemuinya pada 20 Ogos 2008 setelah hampir 6 tahun tidak bersua. Apa yang menarik perhatian aku ialah tentang perjalanan kehidupannya. Salwa bekerja di Restoran A&W Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Dibayar gaji RM3 sejam. Kerjanya sungguh memenatkan. Aku kesian dengan dia. Tapi apakan daya. Ini adalah pengorbanan Salwa demi menjaga ibunya yang sakit. Aku simpati dengan nasib Salwa. Aku tak sempat pergi rumah Salwa. Aku ke Terengganu pun sebab nak bawak mama dan adik-adik aku jumpa dengan papa aku yang telah bekerja di sana. Dalam kesibukan aku sempat melawat Salwa walaupun hanya ditempat kerjanya. Dari kaca matanya aku dapat rasakan keperitan yang dialaminya. Kepada kawan-kawan marilah kita hulurkan bantuan seadanya kepada Salwa untuk meringankan beban Salwa.

Seorang lagi sahabat kita ialah Kak Jun.. aku sedikit terkilan. Aku tak sempat nak kejar Kak Jun sebelum dia naik feri ke Redang. Walaubagaimanapun kami sempat berhubung melalui telefon dan melambai tangan dari jeti... memang sedih tapi aku gembira sekurang-kurangnya kami sempat melambai antara satu sama lain.

No comments:

Advertlets

About this blog

Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.

Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.