google-site-verification: google759b7539d4761c04.html Sup4A Community Info: Utusan dan perutusan untuk semua

Tuesday, July 29, 2008

Utusan dan perutusan untuk semua

Kepada kawan-kawan,

Hari ini secara tiba-tiba aku teringin untuk melayari web rasmi Politeknik JB. Kali terakhir aku melayari web itu mungkin dua tahun yang lalu ketika aku mula-mula bertugas di KL. Telah banyak pembaharuan dibuat dan aku berpendapat web itu amat cantik sekali. Tidak seperti ketika kita menuntut disana.

Aku rasa kagum terhadap evolusi yang dilakukan dan bangga kerana pernah menuntut disana. Apa pun ada lebih baiknya kalian lihat sendiri website tu. Kalau aku cakap banyak pun takkan dapat mengimaginasikannya di depan mata kalian.

Satu perkara lagi yang aku tertarik ialah ada pihak telah pun (sejak bila aku tak pasti) memulakan usaha alumni menjejak bekas-bekas pelajar Tourism Management PJB melalui weblog seperti yang sedang kita usahakan ini. Ia diberi nama Kelab Pelancongan PJB. Ini telah memberikan satu idea baru kepada aku dalam usahakan kita menjayakan program reunion ni.

Link kepada 2 site tersebut aku sertakan di bahagian sidebar. Weblog kita ni masih dalam proses pemantapan isi dan kandungan. Aku masih menunggu senarai contact dari Ayu yang dijangka dapat disiarkan selewatnya penghujung bulan Ogos. Sementara itu aku akan sentiasa cuba untuk mengedit apa-apa yang patut di weblog ni. Tapi sebagai mode kepada weblog ni aku harap kawan-kawan dapat memberikan apa-apa sahaja idea yang terlintas di fikiran. Alamat email telah aku nyatakan di sidebar.

Sekian buat masa ini.
-DIN-

No comments:

Advertlets

About this blog

Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.

Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.