google-site-verification: google759b7539d4761c04.html Sup4A Community Info: Misi sirih pulang ke ganggang & menjejak Nemo

Wednesday, July 30, 2008

Misi sirih pulang ke ganggang & menjejak Nemo

Untuk rakan-rakan.

Dalam usaha kita untuk menjayakan komuniti reunion ini aku akan menjalankan satu misi Sirih Pulang ke Gagang secara solo dimana aku akan pergi melawat kembali ke PoliJB. Tujuannya hanya 1 iaitu saje nak paparkan wajah-wajah baru PoliJb. Mungkin ada di antara kita yang rindukan suasana ketika belajar dulu. Aku pula cuba untuk mengingati kembali detik-detik suka & duka aku disana. Kejadian 2 tahun lalu telah menyebabkan ingatan aku hampir lumpuh.

Jika ada kesempatan aku akan cuba berjumpa dengan beberapa orang pensyarah kita yang masih mengajar disana. Menjejak Nemo bukanlah bermakna aku nak pergi cari ikan nama Nemo tu tapi cubaan menjejak beberapa orang rakan-rakan kita yang berada berdekatan Johor Bahru.

Nanti aku akan post gambar-gambar menarik untuk kalian dan boleh view di laman fotopages. Sekiranya kalian ada ingin berkongsi gambar-gambar kenangan dan ingin dipaparkan di fotopages atau weblog ini boleh hantar ke email gmail. Gambar-gambar peribadi pun dialu-alukan juga terutamanya gambar-gambar persandingan kalian yang tidak sempat kami hadiri. Gambar keluarga pun tidak apa. Apa pun bolehlah asalkan melibatkan kalian sebagai x-classmate SUP4A (2000).

Buat masa ini cuma 3 orang diberi akses untuk proses editing iaitu Emilia Ameera, Wirdaniayu & aku sendiri. Jadi sekiranya ada cerita yang ingin dikongsi bolehlah hubungi kami bertiga. Biasanya yang banyak masa terluang akulah hehe.... Aku berharap kalian dapat memberikan komitmen dalam menjayakan usaha murni ini.

Mungkin dalam waktu terdekat ini akan diadakan 1 perjumpaan ringkas. Tarikh & masa belum ditentukan lagi kerana Ayu sedang sibuk membuat kira-kira Belanjawan 2009. Emilia pula sedang sibuk mengaudit buku-buku untuk Pameran Buku yang akan datang (beberapa hari je lagi) & aku pula sedang sibuk memenuhi permintaan bos aku yang ingin kesempurnaan dalam pengurusan kes bagi jabatan aku ni. Apa pun semuanya akan dimaklumkan kelak.

-Din Rambo-

No comments:

Advertlets

About this blog

Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.

Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.