google-site-verification: google759b7539d4761c04.html Sup4A Community Info: Untuk Hebahan

Friday, January 16, 2009

Untuk Hebahan

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ahli komuniti yang antara tujuannya ialah bantu-membantu sesama ahli maka aku telah membuka sebuah laman blog khas untuk pencari kerja. Kerja-kerja yang ditawarkan datangnya dari pelbagai bidang dan pelbagai industri. Jadi sekiranya ada di kalangan ahli yang masih tercari-cari pekerjaan atau ingin bertukar kerja atau ada dikalangan kenalan, sahabat handai atau saudara-mara yang memerlukan pekerjaan bolehlah layari Aku Nak Kerja. Laman tersebut dikemaskini sebaik sahaja maklumat jawatan kosong diterima. Aku telah pun meletakkan capaian ke laman tersebut di bahagian sidebar untuk lebih memudahkan lagi akses. Capaian tersebut juga boleh dibuat melalui laman blog peribadi aku The Other Side Of Me. Semoga laman Aku Nak Kerja dapat dimanfaatkan oleh semua. Perlu diingat bahawa hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

Terima kasih.

Din Rambo.

No comments:

Advertlets

About this blog

Laman blog ini didedikasikan khas buat bekas pelajar kelas SUP4A Pengurusan Pelancongan (2002) Politeknik Johor Bahru. Tujuan utamanya adalah untuk menjejaki semula kesemua 40 orang pelajar dan merapatkan semula hubungan yang terpisah sekian lama.

Kepada ahli komuniti, anda dibolehkan untuk membuat sebarang promosi perniagaan anda di dalam blog ini. Apa sahaja yang ingin anda jualkan. Ini kerana blog ini bukan la untuk tatapan ahli komuniti ini sahaja malah sesiapa jua boleh mengakses ke laman ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Administrator.