Assalammualaikum & salam sejahtera
Rakan-rakan sekalian,
Kita telah pun masuk hari ke-22 dalam bulan ramadhan tahun ini. Diharapkan segala amalan & ibadat yang telah dilakukan sepanjang bulan ramadhan ini mendapat keberkatan dan diterima Alah S.W.T. hendaknya.Ini bermakna tinggal 8 hari sahaja lagi untuk kita melakukan apa yang sepatutnya (shoping tak termasuk dalam perkara yang patut dilakukan)sebagai seorang umat Islam.
Pastinya ketika ini ramai yang sedang sibuk membuat persediaan menyambut syawal terutamanya pada yang telah berkeluarga. Sudah bincang-bincang nak balik kampung siapa dulu tahun ini? Pada yang masih bujang tu balik tak? Jangan tak balik pulak. Kesian pada orang tua di kampung yang rindukan kepulangan kita. Pada yang sudah yatim & piatu, janganlah bersedih. Masih ada insan-insan yang menyayangi dan mengingati anda terutamanya kami di komuniti ini.
Ada antara kalian akan pulang awal dan ada pula yang pulang disaat akhir (macam aku ni) kerana tak ambik cuti yang panjang. Ada yang pulang dengan bas, keretapi dan kenderaan sendiri. Walau apa pun jenis kenderaan yang kalian gunakan, TOLONG berhati-hati terutamanya yang memandu sendiri. Musim perayaan seperti ini pastinya kesesakan lalulintas akan berlaku. Beberapa tips boleh dilakukan bagi mengelak rasa letih & mengantuk.
- sediakan air mineral / air masak sebotol sekurangnya bagi setiap perjalanan.
- elakkan merokok ketika memandu & ketika berhenti rehat kerana asap rokok akan menyebab anda lebih cepat mengantuk akibat kurangnya oksigen dalam otak.
- rehat secukupnya sebelum memulakan sesuatu perjalanan.
- pastikan kenderaan anda berada dalam prestasi terbaik untuk perjalanan jauh & membuat pemeriksaan sepatutnya.
- jangan memandu melebihi had laju kerana anda akan disaman RM300 serta-merta jika ditahan Pak Polisi dan itu akan menyebabkan duit raya anda menjadi kurang.
- yang lebih penting sekali berhemah la ketika memandu & ingat pada insan-insan yang anda sayang.
-Din Rambo-



No comments:
Post a Comment